sayang, kehidupan ni jelas kita hanya meminjam dari-Nya. seminggu ni entah kenapa perasaan ni lain rasanya. aku rasa lebih dekat dengan kau. aku rasa sayang kau sangat2. cinta ni rasa dalam sangat, terlalu dalam. mungkin aku nak cinta ni terkubur sekali kalau aku atau kau mati nanti.
sayang, aku selalu berdoa kau berjaya dan mampu dapat apa mahu kau. semoga rezeki kau hadir tak terkira banyaknya. sayang, aku selalu berdoa kau mampu hidup lebih lama dari aku. tak sanggup aku hidup tanpa kau. tak mampu aku hadap dunia ni tanpa kau. tak mampu aku hidup dalam kesenangan tanpa kau. sayang, aku rela bersusahpayah untuk bersama kau.
sayang, malam ni aku rasa sakit sangat. tapi aku sorang2 je sayang..mumy takde dengan aku, ayah takde, aku takde sape2 pun. hari ni laen benar rasa sakitnya. tapi aku yakin aku masih mampu bertahan, belum lagi sayang, belum lagi. aku masih mampu tersenyum dengan mereka.
sayang, egokah aku membiarkan semua ini 'sunyi' ? nak aku beritahu pada dunia, pada mereka tapi, aku sendiri tak pasti. mereka tak ambil peduli. kadang-kadang aku terduduk diam mengenangkan kisah kita. mengenangkan setiap saat hidup aku dengan kau walaupun saat2 kita tak sehaluan. aku sedar itu je yang mampu buat aku tersenyum bila hati ini letih merindukan kau.
sayang, aku ingin kau tahu, hati ini, cinta ini, rendu, kasih, semua ini untuk kau. kan aku pernah berkata kalau aku masih tak puas hidup dengan kau? tapi kalau masa tidak mengizinkan..aku redha.
egokah aku bila aku sangat menginginkan kau dalam hidup ni sedangkan aku tahu...semua tu bahagia yang sekejap aku pinjam dari-Nya ? aku mohon kau ampunkan keegoan aku ini.
sayang, aku harap masa kita akan panjang...
sayang, aku harap aku masih mampu ...
sayang, kalau aku dah takde, cinta aku masih disitu..dan cinta kau, aku tanamkan sekali supaya cinta kau, aku masih boleh rasa kehangatan nya disana nanti , cinta tak berakhir hanya disini :)
sayang, sekali lagi maafkan keegoan aku yang menyakiti kau selama ini. ego ini juga menghiris halus diri ini.
#kawan2 kuat tak budak pempuan nie ? kuatkan die.. bdk pempuan ni is one of my friend. so kawan2 nanti tolong doakan bdk pempuan ni n psgn die panjang umur yea. terimakasih kawan2.. :)

No comments:
Post a Comment